Setelah tensor ring sampai :
- Tembaga warna aslinya akan menjadi kecoklatan , kerana itu warna asalnya.
- Jika kusam dan ingin bersihkan:
- Untuk bersihkan gunakan cuka + air garam. Gosok dengan berus gigi (jangan rendam terlalu lama) sekitar 1-2 minit sahaja.
- Atau gunakan ubat gigi jenama Pepsodent .
- 3 hari sekali, seminggu sekali atau sebulan sekali terpulang kepada kita; tak perlu selalu. Saya sarankan guna ubat gigi sahaja. Letak ubat gigi sesudah gosok-gosok dengan berus gigi , biarkan sekitar 3 minit dan bilas air. Saya gunakan Pepsodent.
- Rahsia saya :
- ✅Jika paling berkilat, gunakan limau nipis
- Setelah pemakaian akan ada warna hijau keluar dari tensor atau jari adalah tindak balas toksin yang keluar dari tubuh anda . Namun tidak semua orang.
- Tembaga merupakan bahan konduktor elektrik terbaik, jika di luar ada petir atau guruh diminta simpan jangan dipakai , boleh disimpan di dalam kain.
- Jika di rumah tiada masalah apa-apa untuk pakai; sebagai fungsi utama anti radiasi.
Cadangan cara pakai bagi yang Islam:
- Bismillah & Selawat ke atas Nabi 3x. Niat pakai tembaga ini kerana ingin merasai khasiatnya kerana Allah semata.
- Selama 7 hari pakai minta minum air masak banyak atau 7 gelas sehari, proses detoksifikasi sedang berlaku.
- Jika pada malam-malam hari sebelum tidur ada bahagian-bahagian yang sakit; lenguh/ kejang / sakit sendi; letakkan di kawasan tersebut dan tidur
- Untuk cas air tenaga cukup letak di bawah air mineral semalaman. (Bukan dalam air, tetapi di bawah bekas air tersebut)
- Untuk transfer energi positif & mengubat orang yang terkena gangguan atau pada diri sendiri:
- Surah Al Ikhlas 3x
- Surah Al Fatihah 1x
- Selawat 3x
- Niat minta Allah sembuhkan.
- Letakkan di bawah air mineral & dicas selama 3 atau 7 jam.
- Air boleh diminum, disapu di badan & boleh direnjis di tempat yang ada gangguan
Apabila merasai suatu yang positif mohon boleh share dengan saya.
Moga bermanfaat.
Antara fungsi pendant / cincin / gelang
- Single pendant / cincin / gelang –> kegunaan diri
- Double pendant –> kegunaan diri
- 3 ring pendant –> keluasan frekuensi 1 bilik , dan juga kereta. Boleh digantung dalam bilik atau diletak bawah bantal sblm tidur.
✅ Untuk Cleansing Tensor
- Cukup rendam ke dalam mangkuk berisi air
- Semalaman dan niat segala energi negatif tersebut mengalir ke dalam air. Buang air tersebut
- Esok paginya boleh dipakai.
- Sebulan sekali
Cadangan setiap kali guna :
Selawat 3x setiap kali sarung & pakai .
Lindungi aura positif tubuh dari segala perkara tidak baik, dengan cara yang sama;
- Syahadah 1x
- Selawat 3x
- Lalukan tensor dari atas kepala sehingga ke tapak kaki perlahan-lahan dan ulang dari kepala ke bahu kiri, ke tapak tangan sehingga ke kaki dan ulang ke bahu kanan sehingga ke tapak tangan kanan sehingga ke kaki. InshaAllah clear dari unsur-unsur negatif dan sihir.
Terima kasih